PERATURAN KELAS
13. Peraturan Bilik Darjah.
13.1. Semua murid mesti berada dalam kelas masing-masing pada pukul 6:55 pagi waktu hari persekolahan.
13.2. Murid yang membersihkan kelas dan berkerja memungut sampah hendaklah datang ke sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing.
13.3. Tugas membersihkan kelas, kawasan kelas dan kawasan-kawasan yang ditetapkan adalah wajib dijalankan sebelum kelas bermula pada tiap-tiap pagi.
13.4. Ketua kelas diberi kuasa untuk mengarah murid lain menjalankan tugas mereka dan melaporkan nama mereka kepada Pengetua atau Penolong Kanan sekiranya mereka tidak berbuat demikian.
13.5. Ponteng kelas/sekolah:
13.5.1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan alasan yang munasabah dianggap ponteng.
13.5.2. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah.
13.5.3. Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin.
13.5.4. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru tingkatan, melalui Pengetua akan menghantar surat pertama kepada ibubapanya.
13.5.5. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan dihantar kepada ibubapanya.
13.5.6. Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat ketiga, iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan dihantar kepada ibubapa.
13.5.7. Ibubapa diberi masa 14 hari untuk menjawab surat tersebut dan sekiranya gagal berbuat demikian, guru tingkatan akan membatalkan nama murid tersebut daripada buku kedatangan murid dan pihak sekolah akan mencatatkan namanya dalam pulangan bulanan sekolah.
13.5.8. Semua murid dikehendaki bangun dan memberi hormat serta salam apabila Pengetua, guru, P.Kanan dan pelawat-pelawat memasuki kelas, dan mengucapkan terima kasih apabila mereka keluar dari kelas.
13.5.9. Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah tanggungjawab kelas itu sendiri. Sekiranya kedapatan murid tidak berkerjasama membersihkan kelas, merosakan harta benda dalam kelas atau melawan ketua/penolong ketua kelas, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka.
13.5.10. Sewaktu guru tidak ada dalam kelas, ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kelasnya. Sekiranya guru subjek lewat memasuki kelas, ketua kelas/penolong ketua kelas bertanggungjawab memberitahu pengetua/P. Kanan dan selepas itu mencari guru tersebut.
13.5.11. Setiap bilik darjah harus dibersihkan dan dihias supaya suasana kelas lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran.
13.5.12. Murid-murid dilarang melakukan perbuatan berikut:
13.5.12.1. Menulis di papan hitam/tulis kelas tanpa kebenaran daripada guru
13.5.12.2. Meninggalkan buku di atas meja selepas kelas.
13.5.12.3. Membuang sampah merata-rata dalam atau di luar kelas atau simpan sampah dalam laci meja.
13.5.12.4. Menggunakan meja dan kerusi guru.
13.5.12.5. Memindahkan meja dan kerusi dari kelas tanpa kebenaran Pengetua.
13.5.12.6. Menggunakan meja atau kerusi secara tidak cermat yang boleh merosakkannya.
13.5.12.7. Merosakkan Kipas, lampu dan alat-alat eletronik lain dalam kelas.
13.5.12.8. Menconteng dinding, meja, kerusi atau gambar-gambar yang dipamerkan.
13.5.12.9. Menconteng atau menanda buku teks.
13.5.12.10. Melawan percakapan, arahan atau ingkar guru.
13.6. Murid hendaklah sentiasa menyalin dan mengemaskini nota serta membuat latihan, kerja rumah dan kerja kursus yang diberi oleh guru.
14. Biasiswa.
14.1. Biasiswa adalah kurnian wang oleh kerajaan atau agensi-agensi atas sokongan pihak sekolah. Oleh itu sekolah berhak mencadangkan perlanjutan atau menamatkannya.
14.2. Sebarang hutang sekolah hendaklah dijelaskan oleh pemegang biasiswa melalui potongan biasiswa.
14.3. Biasiswa murid akan ditahan atau diberhentikan terus apabila murid tersebut:
14.3.1. Melakukan kesalahan jenayah yang berat seperti yang ditakrifkan oleh sekolah.
14.3.2. Tidak memperbaiki prestasi akademiknya yang merosot.
14.3.3. Sentiasa melanggar disiplin sekolah dan tidak menunjukkan perubahan positif setelah diberi nasihat dan amaran.
14.4. Murid tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi daripada jumlah yang telah ditetapkan.
14.5. Pengeluaran wang biasiswa adalah khas untuk membeli keperluan sekolah. Sebarang pengeluaran wang biasiswa untuk tujuan lain adalah tidak dibenarkan.
14.6. Buku-buku biasiswa hendaklah disimpan seperti yang diarahkan oleh guru biasiswa.
15. Gantung Sekolah.
15.1. Murid-murid yang telah digantung sekolah tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah atau menghadiri mana-mana kelas.
15.2. Mana-mana murid yang berada di kawasan tersebut dianggap telah mencerobohi kawasan tersebut dan tindakan disiplin akan dikenakan ke atasnya.
16. Minum Dan Membawa Minuman Keras.
16.1. Murid tidak boleh memiliki, membawa atau minum minuman keras di kawasan sekolah.
16.2. Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah dalam keadaan mabuk/khayal.
17. Hubungan Lekaki Dan Perempuan.
17.1. Murid-murid dilarang keras mengadakan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan keraguan di dalam atau di luar sekolah.
17.2. Murid-murid dilarang menulis surat cinta kepada rakan lain.
17.3. Murid-murid tidak dibenarkan melepak di kawasan-kawasan taman, bilik darjah dan kawasan-kawasan lain di sekolah.
18. Penglibatan/Mengambil Bahagian Dalam Sukan Anjuran Pihak Luar.
18.1. Murid-murid yang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak luar tanpa kebenaran daripada Pengetua, menanggung semua risiko yang bakal dihadapi.
18.2. Murid tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti secara berkumpulan di kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Pengetua.
19. Lembaga Pengawas.
19.1. Lembaga pengwas diwujudkan untuk membantu sekolah menyelia dan menjaga disiplin murid.
19.2. Pengawas-pengawas hendaklah menjalankan tugas mereka seperti mana yang telah diarahkan.
19.3. Pengawas-pengawas hendaklah memakai lencana pengawas dan pakaian pengawas seperti mana yang telah ditetapkan.
19.4. Menjalankan tugas-tugas yang diberi dari semasa ke semasa.
19.5. Pengawas mesti berdisiplin baik pada setiap masa.
20. Surau Dan Sembayang.
20.1. Surau dibuka pada setiap waktu sembayang.
20.2. Murid tidak dibenarkan tidur di surau kecuali dengan kebenaran.
20.3. Semua murid wajib mematuhi peraturan surau sama ada dari segi ibadat, keselamatan, kebersihan, kebajikan dan aktiviti yang dicadangkan oelh sekolah.
20.4. Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan, keselamatan dan ketenteraman surau.
21. Larangan-Larangan
21.1. Seluar ketat, berconteng, koyak, berkaki besar dan baju-T yang kotor dan mempunyai tulisan yang tidak senonoh tidak dibenarkan dipakai di sekolah.
21.2. Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran atau berkeliaran di koridor apabila loceng pertukaran masa berbunyi.
21.3. Murid ditegah berkeliaran di koridor/luar apabila loceng mula persekolaan telah dibunyikan.
21.4. Relajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kecuali dengan kebenaran.
21.5. Murid tidak dibenarkan membawa atau menggunakan telefon bimbit dalam bilik darjah. Murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah mesti menyimpankannya dengan pengetua atau penolong kanan pada masa persekolahan dan hanya boleh ambilnya apabila masa persekolahan tamat.
21.6. Murid tidak dibenarkan memakai topi dalam bilik darjah.
21.7. Murid dilarang mengondolkan rambut mereka atau memakai fesyen rambut yang tidak dibenarkan di sekolah.
21.8. Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
21.9. Murid dilarang berludah sesuka hati di merata-rata tempat kerana amalan ini adalah tidak sihat.
21.10. Murid perempuan tidak dibenarkan menggunakan alat-alat solek dan barang-barang kemas.
21.11. Murid tidak dibenarkan membawa dan menggunakan pemadam cecair/liquid paper di sekolah.
21.12. Murid tidak dibenarkan memandu dengan laju dan cara yang berbahaya di kawasan sekolah.
21.13. Murid tidak dibenarkan membunyikan hon atau membunyikan motosikal atau kenderaan dengan kuat dalam kawasan sekolah.
21.14. Murid dilarang menjerik sesuka hati, atau memanggil secara tidak sopan nama-nama guru atau pekerja sekolah.
21.15. Relajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar berdekatan dengan sekolah.
21.16. Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan pergaduhan.
21.17. Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan pengetua, penolong kanan-penolong kanan, penyelia petang dan guru-guru.
21.18. Murid dilarang melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang negara.
21.19. Murid-murid dari sekolah lain dilarang memasuki dan berada di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Jenis-Jenis Salahlaku Dan Tindakan-Tindakan Yang Boleh Dikenakan (Mata Demerit Juga Akan Diberi Berpandukan Kepada Sistem Merit-Demerit)
Bil | Tema | Kesalahan/ perlakuan | Pekililing rujukan | Tindakan sekolah |
1. | Tingkahlaku jenayah | Salahguna dadah | Pek. Iktisas Bil. 7/75 | 1. Melaporkan kepada Pengarah Pendidikan. 2. Menghubungi pegawai kebajikan masyarakat. 3. Merujuk kepada doktor – melalui pegawai kebajikan masyarakat untuk pengesanan. 4. Rawatan doktor. 5. Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Tindakan Pengetua. 1. Nasihat/amaran – Surat panggilan kepada ibubapa. 2. Melaporkan kepada polis 3. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa. 4. Gantung sekolah |
2. | Mengedar dadah | 1. Rujuk kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah (Pengarah Pendidikan) 2. Melaporkan kepada polis 3. Memanggil ibubapa | ||
3. | Mencuri | Pek. Iktisas Bil. 9/75 | Murid boleh digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Tindakan Pengetua 1. Memulangkan balik barang yang dicuri atau mengikut nilai. 2. Meminta maaf pada empunya barang dengan disaksi oleh Pengetua. 3. Amaran 4. Hukuman rotan 5. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa untuk berkelakuan baik. 6. Memanggil ibubapa | |
4. | Memeras ugut | Pek. Iktisas Bil. 9/75 | 1. Memulang balik barang diambil/nilainya. 2. Diberi amaran keras – akhir. 3. Hukuman rotan/gantung sekolah 4. Akaun bertulis ibubapa dan murid. 5. Memanggil ibubapa 6. Hukuman kerja amal Jika melibatkan senjata. 7. Penggantungan sekolah 8. Laporan kepada polis. | |
5. | Berjudi | -sda- | 1. Nasihat 2. amaran keras 3. Hukuman rotan. 4. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa. 5. Kerja amal 6. Digantung persekolahan 7. Laporan kepada polis | |
6. | Memukul, bergaduh dan mencedera | -sda- | 1. Hukuman rotan 2. Dipaksa berdamai dan meminta maaf. 3. Digantung persekolahan. 4. Kerja amal 5. Memanggil ibubapa 6. Pengakuan bertulis | |
7. | Membawa senjata dan berniat jahat | -sda- | 1. Senjata dirampas 2. Memanggil ibubapa 3. Hukuman rotan. 4. Digantung persekolahan. 5. Amaran dan dilaporkan kepada polis. | |
8. | Merosak harta benda | -sda- | 1. Membayar ganti rugi. 2. Hukuman rotan 3. Panggil ibubapa 5. Digantung persekolahan. 6. Pengakuan bertulis. | |
9. | Ahli kumpulan haram Fitnah | -sda- -sda- | Rujuk kepada Pek. Iktisas 9/75 - ibubapa dihubungi - kaunseling - amaran/ digantung sekolah | |
10. | Tingkahlaku lucah | Membaca, menunjuk dan menyebar bahan-bahan dan gambar lucah. | -sda- | 1. Dirampas dan disimpan dengan berlakri sebagai bukti. 2. Rotan dan rujuk kepada guru kaunseling 3. Kerja amal |
11. | Mengintai murid-murid perempuan | -sda- | 1. Rotan dan rujuk kepada guru kaunseling 2. Kerja amal | |
12. | Menulis surat cinta | -sda- | 1. Amaran dan nasihat 2. Rujuk kepada guru bimbingan 3. Kerja amal | |
13. | Bercumbu/berdua-duan dan bercinta dalam kawasan sekolah | -sda- | 1. Amaran dan nasihat 2. Gantung persekolahan 3. Panggil ibubapa 4. Buang sekolah | |
14. | Ditangkap kerana berkhalwat dan didenda di mahkamah | -sda- | Rujuk kepada Pengarah Pendidikan. -panggil ibubapa | |
15. | Menggunakan kata-kata lucah | -sda- | 1. Hukuman rotan 2. Kerja amal 3. Rujuk kepada guru kaunseling. | |
16. | Menulis dan melukis kata-kata lucah | -sda- | 1. hukuman rotan 2. kerja amal 3. rujuk kepada guru kaunseling | |
17. | Meraba dan/ memeluk murid perempuan | -sda- | 1. Rotan 2. Kerja amal 3. Rujuk kepada guru kaunseling 4. Panggil ibubapa 5. Gantung persekolahan 6. Laporan kepada polis | |
18. | Menganggu murid perempuan | -sda- | 1. Rotan 2. Kerja amal 3. Rujuk kepada guru kaunseling | |
19. | Pelacuran/Zina/ hamil/homo/ lesbian/kahwin/ nikah gantung | 1.Panggil ibubapa 2.Rujuk kepada Pengarah Pendidikan | ||
20. | Tingkahlaku anti sosial | Sengaja mengotori sekolah atau kelas | Pek. Iktisas Bil. 9/75 School (Gen. Reg. 1951 | 1. Kelas tahanan 2. Hukuman rotan 3. Bayar gantirugi 4. Kerja amal 5. |
21. | Sengaja menganggu ketenteraman sekolah/kelas | Pek. Iktisas Bil. 9/75 | 1. Hukuman rotan 2. Kerja amal 3. Rujuk kepada guru kaunseling | |
22. | Bergaduh dengan murid lain | 1. Panggil ibubapa 2. Rotan 3. Nasihat dan amaran 4. Diarah berdamai dan minta maaf 5. Digantung sekolah | ||
23. | Berkelakuan biadab dan angkuh | -sda- | 1. Hukuman rotan 2. Rujuk kepada guru kaunseling 3. Amaran dan nasihat 4. Kerja amal 5. Panggil ibu bapa 6. Digantung sekolah | |
24. | Conteng menconteng | Pek. Ikt. 9/75 | 1. kelas tahanan 2. hukuman rotan 3. bayar ganti rugi | |
25. | Benci dan tidak menghormati peraturan sekolah dan undang-undang negara | -sda | 1. diberi nasihat 2. rotan 3. kerja amal 4. Panggil ibu bapa 5. Digantung sekolah 6. dilapor kepada polis | |
26. | Makan dalam kelas | -sda- | 1. nasihat 2. membersihkan kelas | |
27. | Tidak menghormati NegaraKu, lagu Negeri | -sda- | 1. nasihat 2. rotan 3. amaran 4. Digantung sekolah | |
28. | Ponteng perhimpunan/ majlis rasmi | -sda- | 1. amaran 2. nasihat 3. kerja amal 4. hukuman rotan 5. Panggil ibu bapa | |
29. | Sengaja membuat sesuatu yang boleh memalukan sekolah | -sda- | 1. nasihat/amaran 2. hukuman rotan 3. kerja amal 4. digantung sekolah | |
30. | Tingkahlaku tidak jujur | PONTENG SEKOLAH (termasuk murid yang berada di sekolah tetapi tidak melapor kepada guru tingkatan dan masuk ke kelas) | KP(BS)8458/12/(17) Borang OM 9.2.77 | 1. Surat pemberitahuan kepada ibubapa, amaran, rotan, nasihat 2. Panggil ibu bapa. 3. Kerja amal 4. digantung sekolah 5. Jika murid ponteng sekolah 31 hari berturut-turut, Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan 6. Jika murid ponteng sekolah 60 hari secara selang seli, Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan |
31. | Ponteng kelas (meninggalkan satu sesi penggajaran dan tidak kembali) | -sda- | 1. nasihat 2. kerja amal 3. hukuman rotan 4. digantung sekolah 5. panggil ibubapa 6. | |
32. | Keluar dari kelas tanpa kebenaran daripada guru | -sda- | 1. diberi amaran 2. kerja amal 3. kaunseling 4. hukuman rotan | |
33. | Meniru dalam peperiksaan | -sda- | 1. markah peperiksaan dibatalkan 2. nasihat 3. kerja amal 4. hukuman rotan 5. memaklumkan kepada ibu bapa | |
34. | Membohong | -sda- | 1. nasihat 2. rujuk kepada guru kaunseling 3. amaran keras 4. hukuman rotan untuk kesalahan seterusnya | |
35. | Tingkahlaku tidak sopan | Berkelakuan dan berbahasa kasar, memaki dan mencarut guru/murid | Per. Ikt. Bil 9/75 | 1. memohon maaf 2. nasihat 3. hukuman rotan 4. amaran 5. kerja amal 6. kaunseling 7. panggil ibu bapa |
36. | Tidak menghormati/ memcabar arahan pengawas | -sda- | 1. amaran 2. hukuman rotan 3. kaunseling | |
37. | Tingkahlaku tabiat (Habitual) | Tidak berpakaian kemas (tidak masuk baju ke seluar, tidak pakai kasut, tidak menggunakan tanda nama, memakai subang, gelang, rantai) | Pek. Ikt. Bil. 3/71,2/72, 4/76. | 1. teguran/amaran 2. hukuman rotan 3. kerja amal 4. panggil ibu bapa |
38. | Berambut panjang | Pek. Ikt. Bil 2/76 | 1. diberi amaran 2. rambut dipotong 3. hukuman rotan 4. digantung sekolah | |
39. | Tidak menepati masa | Pek. Ikt. Bil 9/75, school (general) regulation, 1951 | 1. amaran dan nasihat 2. kaunseling 3. hukuman rotan 4. kerja amal 5. digantung sekolah panggil ibu bapa | |
40. | Tidak membawa buku teks/buku latihan dan lain-lain keperluan muridan | Peraturan Am sekolah 1951 | 1. diberi nasihat/amaran 2. kaunseling 3. hukuman rotan 4. kerja amal 5. panggil ibu bapa 6. digantung sekolah | |
41. | Tidak menyiapkan kerja kursus, latihan dan kerja rumah/tugasan | -sda- | 1. amaran/nasihat 2. kaunseling 3. hukuman rotan 4. kerja amal 5. panggil ibu bapa 6. digantung sekolah | |
42. | Membuat bising dalam kelas | Pek. Ikt. Bil 9/75 | 1. diberi amaran 2. kaunseling 3. hukuman rotan | |
43. | Buang sampah merata-rata | Peraturan am sek. 1951 Pek. Ikt. Bil 9/75 | 1. diberi amaran/nasihat 2. kaunseling 3. diarah membersihkan kawasan 4. kerja amal 5. hukuman rotan | |
44. | Enggan bayar yuran sekolah | Peraturan Am sekolah 1951 | 1. diberi nasihat 2. ibubapa dihubungi 3. sijil-sijil ditahan | |
45. | Tidak memulangkan/ hilang buku teks | -sda- | 1. Membayar nilai buku tersebut 2. Tidak layak diberi buku teks pada tahun seterusnya | |
46. | Merokok | Pek. Ikt.Bil 6A/75, 4/1997 | 1. hukuman rotan 2. nasihat/kaunseling 3. digantung sekolah 4. panggil ibu bapa 5. buang sekolah selepas 5 kali ditangkap | |
47. | Membawa barang yang dilarang ke sekolah (rujuk kepada peraturan sekolah kad Merit Demerit Kod D5) | 1. dirampas dan dituntut balik oleh ibu/bapa. 2. dirampas dan disimpan dan diberi balik pada hujung tahun. 3. Dirampas dan dimusnahkan. | ||
48. | Membawa/bermain mercun di kawasan sekolah | 1. hukuman rotan 2. kaunseling 3. digantung sekolah 4. panggil ibu bapa 5. laporan kepada polis |
Jenis-Jenis Salahlaku
Kod Salahlaku Jenayah - D1
D1.1 Berjudi
D1.2 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah.
D1.3 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pentadbir, murid, kakitangan sekolah, guru
D1.4 Melawan/mengancam/mencederakan pengawas
D1.5 memeras ugut
D1.6 membuli
D1.7 menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap
D1.8 menyalahgunakan dadah
D1.9 membawa senjata merbahaya
D1.10 mencabul kehormatan
D1.11 mengancam/memukul/mencederkan murid lain
D1.12 menceroboh bilik kelas, bilik khas/kedai kantin/koperasi/pejabat sekolah.
D1.13 mengedar dadah
D1.14 menunjukan perasaan/berpiket/menganggu ketenteraman sekolah
D1.15 bertaruh secara besar-besaran
D1.16 membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah
D1.17 membakar
D1.18 memusnah/merosakkan dokumen rasmi
D1.19 bergaduh
D1.20 membawa/bermain mercun di sekolah
D1.21 minum minuman keras
D1.22 menghidu gam
D1.23 membawa bahan-bahan yang menghayalkan.
Tingkahlaku Lucah/Tidak Senonoh D2
D2.1 Bercumbu-cumbuan
D2.2 Berkhalwat
D2.3 Berdua-duan dalam kelas
D2.4 Membawa bahan lucah ke sekolah.
D2.5 Mengintai murid perempuan/menyentuh murid perempuan dengan niat serong
D2.6 Menggunakan kata-kata dan perkataan lucah
D2.7 Melukis gambar-gambar/ menulis kata-kata lucah
Tingkah Laku Kekemasan Diri
D3.1 Berambut panjang untuk lelaki/feysen rambut keterlaluan/ bertentangan dengan peraturan sekolah.
D3.2 Berkuku panjang
D3.3 Bermisai dan berjanggut
D3.4 Memakai pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan sekolah/ tiada lencana
D3.5 Skirt sekolah atas paras lutut.
D3.6 Baju kurung tidak dikancing.
D3.7 Seluar sekolah berfesyen.
D3.8 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai.
D3.9 Memakai selipar (tanpa kebenaran pihak sekolah)
D3.10 Memakai pakaian luar sekolah
D3.11 Memakai pakaian berwarna di dalam pakaian seragam sekolah
D3.12 Tidak memakai baju sukan semasa waktu PJ
D3.13 Tidak memasukkan kemeja ke dalam baju sekolah (seluar) `Tuck-In’
D3.14 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai
Memakai Barang Perhiasan/Menghiaskan Diri.
D4.1 Memakai barang kemas ke sekolah
D4.2 Memakai lebih daripada sepasang subang
D4.3 Lelaki memakai subang.
D4.4 Mewarnakan kuku
D4.5 Mewarnakan rambut
D4.6 Membotakkan kepala
D4.7 Mencabut bulu kening
D4.8 Bersolek
Membawa Barang-Barang Yang Tidak Dibenarkan
D5.1 Membawa semua jenis alatan tajam
D5.2 Pemotong kuku
D5.3 Membawa Radio/Walkman
D5.4 Gambar-gambar tidak sopan.
D5.5 Membawa liquid paper/marker pen
D5.6 Membawa/pakai pakaian luar sekolah
D5.7 Cermin mata hitam/teropong
D5.8 Kosmetik/cermin/minyak wangi
D5.9 Majalah hiburan/komik
D5.10 Pita video DVD/VCD/CD/kaset.
D5.11 Kad poker/barang untuk berjudi.
D5.12 Tanda-tanda/lencana/label berunsur politik
D5.13 Membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.
Tingkah Laku Tidak Mementingkan Masa.
D6.1 Berkeliaran/merayau di kawasan sekolah semasa waktu pengajaran
D6.2 Datang lewat ke sekolah
D6.3 Ponteng perhimpunan
D6.4 Lewat ke perhimpunan dan majlis yang diwajibkan sekolah.
D6.5 Makan di kantin di luar waktu rehat.
D6.6 Lewat masuk ke kelas.
D6.7 Keluar-masuk kelas semasa sesi P & P berjalan.
D6.8 Bermain dalam bilik darjah atau kaki lima
D6.9 Keluar kelas tanpa kebenaran.
D6.10 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
D6.11 Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran.
D6.12 Masuk ke kawasan sekolah pada hujung minggu/cuti sekolah tanpa kebenaran.
D6.13 Berada dalam tandas lebih 10 minit semasa P & P.
D6.14 Berada di kantin di luar kawasan sekolah waktu persekolahan.
D6.15 Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual bertugas
Tingkahlaku Kurang Sopan Dan Biadab
D7.1 Berkelakuan kasar terhadap guru.
D7.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas.
D7.3 Berkelakuan kasar terhadap rakan
D7.4 Memasuki kawasan larangan/kebun/kuarters pekerja sekolah dan lain-lain.
D7.5 Berbahasa kesat/kasar.
D7.6 Mengedar/menyimpan rokok.
D7.7 Menghisap rokok
D7.8 Menganggu proses pengajaran pembelajaran
D7.9 Tidak menghormati/ membantah arahan guru.
D7.10 Tidak menghormati/ membantah arahan pengawas.
D7.11 Simpan/edar minuman keras/ sebarang minuman yang memabukkan.
D7.12 Membunyikan kereta kuat-kuat di kawasan sekolah.
D7.13 Tidak menghormati lagu kebangsaan/negeri.
D7.14 Menyimpan pemetik api/ mancis.
D7.15 Melanggar peraturan lalu lintas.
D7.16 Meletakkan kenderaan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.
D7.17 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkankan nama baik sekolah.
D7.18 Tidak mematuhi peraturan persatuan dan kelab di sekolah
D7.19 Membuat bising dalam kelas ketika guru tidak ada
D7.20 Mengejek seseorang dengan menyebut nama bapa atau emak dengan tujuan menghina
D7.21 Menggunakan/menjawab telefon dalam kelas semasa guru mengajar
Tingkahlaku Memusnah
D8.1 Merosak harta benda sekolah
D8.2 Merosak harta benda Pengetua dan guru-guru
D8.3 Merosakkan harta benda kantin/kedai koperasi/ stor SPBT
D8.4 Membazir air dan eletrik
D8.5 Menyalahgunakan peralatan eletrik
D8.6 Mengotorkan bangunan/kawasan sekolah.
D8.7 Mengotorkan kelas.
D8.8 Conteng dinding/papan notis/papan hitam/sudut mata muridan.
D8.9 Menconteng buku teks/buku latihan.
D8.10 Conteng /tulis perkataan gambar lucah/kesat di atas buku teks/buku latihan/ buku rekod akademik.
D8.11 Merosak harta murid lain.
Tingkahlaku Tidak Jujur/Menipu.
D9.1 Menghasut rakan untuk bergaduh.
D9.2 Menyebarkan maklumat/ berita yang boleh menyebabkan pergaduhan.
D9.3 Menjalankan urusniaga yang tidak dibenarkan.
D9.4 Tidak memberi surat dari sekolah kepada ibu bapa.
D9.5 Tidak membawa ibu bapa jumpa pihak sekolah seperti yang diarah
D9.6 Penipuan melibatkan wang
D9.7 Menipu melibatkan kepercayaan/pecah amanah.
D9.8 Memalsukan keterangan/ rekod rasmi.
D9.9 Tidak memberi salam/ tidak berdiri semasa guru masuk/ keluar kelas
D9.10 Semua tingkahlaku yang dianggap serius oleh sekolah.
Tingkah Laku Melanggar Peraturan Peperiksaan
D10.1 Bercakap semasa peperiksaan
D10.2 Membawa telefon bimbit ke bilis peperiksaan.
D10.3 Keluar awal dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran
D10.4 Mencoteng kertas soalan/jawapan peperiksaan
D10.5 Menulis/mencoteng percatan/ gambar lucah/ kesat di atas yertas soalan/ jawapan peperiksaan/ kad laboran.
D10.6 Meniru semasa ujian/ peperiksaan
D10.7 Lambat masuk ke kelas semasa peperiksaan.
Tingkalaku Ponteng.
D11.1 Ponteng kelas (Termasuk kelas di luar sidang).
D11.2 Ponteng sekolah
D11.3 Ponteng perhimpunan/majlis sekolah
D11.4 Ponteng aktiviti kokurikulum
D11.5 Ponteng Ujian bulanan
D11.6 Ponteng peperiksaan
D11.7 Ponteng kelas tambahan
D11.8 Ponteng kerja pembersihan
Tingkahlaku Memcemar Alam Sekitar
D12.1 Membuang sampah merata-rata.
D12.2 Tidak kerja membersih kelas dan kawasan sekolah.
D12.3 Tidak mematuhi peraturan pihak kecerian sekolah.
D12.4 Membuang air besar dan kencing dan berkencing di kawasan yang tidak ditetapkan oleh pihak sekolah.
D12.5 Lain-lain perkara yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.