Peraturan-Peraturan Sekolah
SJK(T) KANGKAR PULAI
1. Kehadiran Sekolah.
1.1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7:00 pagi. Murid-murid dikehendaki berada dalam kelas masing-masing pada pukul 6:55 pagi.
1.2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95)
1.3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru tingkatan dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek.
1.4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga atau Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan.
1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga.
1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri.
1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua.
1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah.
1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat pengesahan daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah.
1.10. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. Sebelum keluar dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru tingkatannya/guru subjek.
1.11. Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar.
1.12. Murid-murid yang tidak mengambil matapelajaran pilihan hendaklah berada di tempat yang disediakan untuk belajar persendirian.
1.13. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada pengetua atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah.
1.14. Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak boleh terlibat.
1.15. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.
2. Pakaian Seragam.
2.1.Pakaian seragam Murid Lelaki:
a. Seluar panjang/pendek warna hijau gelap.
b. Baju putih lengan pendek/panjang.
c. Kasut kanvas putih. (Pek. Ikt. Bil. 8/85)
d. Setokin putih. (-sda-)
2.2. Pengawas:
a. Pengawas lelaki memakai pakaian seragam biasa dan bertali leher.
b. Pengawas perempuan memakai pakaian seragam biasa/pengawas dan bertali leher atau bertudung biru muda bagi pengawas perempuan Islam.
2.3. Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam.
a. Pinafore.
b. Kasut putih.
c. Setokin putih.
2.4 Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam.
a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih.
b. Memakai kain sarung.
c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih, berbentuk tiga segi dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.
d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih.
2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua murid. Lencana dan nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju.
2.6 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam atau coklat, lebar di antara 2.5 cm/ 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa haisan.
2.7 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek dan barang-barang kemas atau perhaisan tiruan.
2.8 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri kelas atau aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh Pengetua. Pakaian seragam wajib dipakai semasa peperiksaan.
2.9 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan.
3. Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78)
3.1. Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju T sekolah/ pakaian yang sesuai yang lain daripada pakaian seragam sekolah ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani atau menyertai kegiataan kumpulan: pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dan selesa dan yang dapat meresap peluh.
3.2. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau menjalankan Pendidikan Jasmani.
3.3. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk luar biasa.
4. Potongan Rambut. (Bil. 2/76)
4.1. Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang.
Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
4.1.1. Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga.
4.1.2. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi.
4.1.3. Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung.
4.1.4. Di atas: rambut lebih daripada 6 inci panjang.
4.1.5. Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang dibenarkan dan bukan mengikut fesyen semasa.
4.1.6. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan rambut akan diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli.
4.2. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang.
4.3. Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Tetapi jika ada murid perempuan berambut panjang mereka hendaklah mengikat rambut mereka sebagai toncang atau ekor kuda dengan reben berwarna biru, putih atau hitam.
5. Yuran Dan Harta Benda Sekolah.
5.1. Setiap murid wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.
5.2. Hartabenda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid yang terlibat akan dikenakkan hukuman setimpal/membuat ganti rugi.
5.3. Buku-buku teks dan Buku-buku Latihan.
5.3.1. Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipimjamkan kepada murid-murid.
5.3.2. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut.
5.3.3. Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut.
5.3.4. Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Murid-murid dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-gambar atau mana-mana bahagian dalam buku tersebut.
5.3.5. Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu.
5.3.6. Murid-murid dilarang melekatkan gambar atau poster yang tidak sesuai pada bahagian muka depan, belakang atau mana-mana bahagian pada buku teks dan buku latihan.
5.3.7. Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamatan buku tersebut maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada mengantinya dengan buku atau membayar harga buku tersebut.
5.3.8. Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah dipinjamkan itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua.
5.3.9. Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid tersebut.
5.3.10.Murid-murid diwajibkan menggunakan buku-buku latihan yang dijual oleh pihak koperasi sekolah. Buku-buku latihan selain daripada itu adalah tidak dibenarkan dan boleh dirampas.
6. Tatatertib.
6.1. Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran/pembelajaran.
6.1.1. Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan tidak membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dalam kelas.
6.1.2. Murid-murid tidak boleh membuat bising dan menggangu orang lain sama ada semasa guru mengajar, belajar persendirian atau belajar tambahan.
6.1.3. Murid-murid dilarang berkeliaran di luar kelas semasa kelas dan semasa berlaku pertukaran subjek.
6.1.4. Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan sekolah atau dalam bilik darjah. Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah.
6.1.5. Murid yang bertukar kelas untuk ke makmal, padang permainan, perpustakaan dan lain-lain hendaklah keluar ke tempat tersebut dengan teratur mengikut barisan masing-masing.
6.1.6. Murid yang bertukar kelas atau meninggalkan kelas selepas waktu persekolahan mesti menutup semua suis lampu, kipas dan lain-lain peralatan elektrik.
6.1.7. Kebersihan dan kecerian kelas hendaklah dijaga pada setiap masa.
6.1.8. Semua murid hendaklah membawa buku teks, buku latihan dan semua kelengkapan belajar yang diperlukan ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan.
6.1.9. Setiap murid hendaklah mempunyai nota yang lengkap, kemas dan terkini.
6.1.10. Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru mesti disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
6.1.11. Murid dilarang mengambil bahagian dalam apa sahaja bentuk pertandingan ratu cantik, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
6.1.12. Semua murid hendaklah berada di luar bilik darjah pada waktu rehat (kecuali pada waktu hujan).
6.1.13. Murid dilarang pergi ke kantin/makan di kantin semasa waktu persekolahan.
6.1.14. Murid-murid akan diberi mata merit bagi setiap perbuatan yang baik dan mata demerit bagi setiap pelanggaran disiplin atau pelanggaran peraturan sekolah
6.2. Perhimpunan sekolah
6.2.1. Perhimpunan sekolah akan diadakan pada setiap hari Rabu, kecuali diberitahu ada perubahan. Kehadiran murid adalah wajib. Perhimpunan juga boleh diadakan pada bila-bila masa Pengetua rasa ia diperlukan.
6.2.2. Di hari perhimpunan murid-murid hendaklah berhimpun di tempat yang ditetapkan lebih awal daripada masa perhimpunan sebenarnya.
6.2.3. Semasa perhimpunan murid-murid tidak dibenarkan membuat bising atau menggangu majlis tersebut.
6.3. Kawasan larangan: Semasa waktu rehat murid-murid dilarang berada di kawasan-kawasan yang dilarang. Murid-murid dilarang keluar dari pagar sekolah/ ke rumah tanpa kebenaran daripada Pengetua.
6.4. Murid-murid yang melanggara undang-undang negara atau melakukan perbuatan jenayah atau berbentuk jenayah akan dilaporkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
7. Peraturan Khusus.
Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk:
7.1. Bilik makmal sains
7.2. Bilik SRT/SPT
7.3. Perpustakaan
7.4. Kantin.
7.5. Bilik Komputer.
7.6. Dewan makan.
7.7. Dapur sekolah.
7.8. Bilik mesyuarat.
7.9. Koperasi.
7.10. Surau
7.11. Asrama
7.12. Pejabat.
7.13. Gelanggang-gelanggang permainan.
7.14. Lain- lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah.
8. Amalan Ibadat.
8.1. Pentadbiran sekolah mengalakkan murid-murid melakukan amalan ibadat pada masa dan tempat yang sesuai.
8.2. Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian mana-mana agama.
9. Ujian/Peperiksaan.
9.1. Kehadiran dalam semua ujian/peperiksaan adalah wajib.
9.2. Murid-murid hendaklah menjawab semua soalan peperiksaan dengan serius dan tekun.
9.3. Murid-murid tidak dibenarkan bising, meminjam alat-alat daripada kawan atau tidur semasa peperiksaan.
9.4. Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun akan dikenakan tindakan disiplin.
9.5. Murid-murid hendak menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan.
9.6. Untuk peperiksaan PMR dan SPM murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
9.7. Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad/Buku Kemajuan Sekolah adalah kesalahan serius.
9.8. Buku Rekod Kemajuan Murid harus disemak dan ditandatanggani oleh ibu bapa atau penjaga.
10. Kegiatan Kokurikulum.
10.1. Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakkerja yang dijalankan oleh sekolah di luar masa belajar seperti:
10.1.1. Kegiatan sukan.
10.1.2. Kegiatan persatuan
10.1.3. Kegiatan Persatuan pakaian seragam.
10.1.4. Kegiataan keagamaan.
10.2. Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu kegiatan Pasukan Pakaian Seragam.
10.3. Murid-murid yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib hadir untuk setiap kegiatan yang dijalankan.
10.4. Murid-murid yang tidak hadir mana-mana kegiatan kokurikulum yang dia telah mendaftar sebagai ahli akan dikenakan tindakan disiplin.
10.5. Untuk kegiatan Persatuan Pakaian Seragam, murid-murid diwajibkan memiliki pakaian seragam yang sesuai.
10.6. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut persatuan masing-masing pada setiap hari Rabu.
11. Kesalahan-Kesalahan Berat. (Bil. 9/75)
11.1. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
11.2. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
11.3. Memukul guru-guru.
11.4. Mengancam guru-guru atau Pengetua.
11.5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Jabatan Pendidikan.
11.6. Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran pihak yang berkuasa sekolah.
11.7. Sengaja merosakkan harta benda sekolah.
11.8. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
11.9. Mencuri
11.10. Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan berbahaya.
11.11. Merokok dan mengambil dadah.
11.12. Berjudi
11.13. Meminum minuman keras atau yang memabukkan.
11.14. Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran.
11.15. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/Pengetua.
11.16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
11.17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budibicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.
11.18. Membawa, menyimpan, mengedar dan bermain mercun serta bunga api.
12. Larangan-Larangan. (Education Ordinance 1957) Peraturan-Peraturan Muridan (Disiplin Sekolah) 1959)
(Peraturan 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disipilin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-guru dan murid-murid sekolah itu.
Peraturan 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirnya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorangpun, guru atau murid, boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar.
Peraturan 7. 12.1. Murid-murid di bawah 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik.
12.2. Berkempen untuk mendapat undi bagi pihak sebarang parti politik atau organisasi atau sebarang calon di mana-mana tempat pengundian.
12.3. Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi atau pencalonan sebarang individu atau pihak yang lain di sebarang pengundian, berpidato atau menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh undang-undang.
12.4. Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang risalah politik atau dokumen atau propanganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti poitik atau organisasi atau ada kaitan dengan seseorang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian.
12.5. Berterusan menganggu peraturan-peraturan sebarang kumpulan orang ramai dengan cara yang mungkin menghalang mesyuarat.
12.6. Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan menyokong atau menentang sebarang parti politik atau sebarang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian. Dalam “pengundian” bermaksud pengundian bagi ahli Dewan Undangan Negeri atau sebarang Majlis Tempatan.
Peraturan 8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah:
a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau kententeraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya atau dibuang sekolah; atau
b. yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir di sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, atau membuang murid itu dari sekolah.
Peraturan 11. Sjil berhenti sekolah murid yang dibuang di bawah peruntukan 8 & 9 hendaklah dicatatkan oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan-peraturan ini.
Peraturan 12. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oelh pihak berkuasa yang membuatkannya.
A. masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
B. diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar.
12.7. Surat menyurat.
12.7.1. Murid-murid dilarang menulis kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai blok komunis di dalam atau di luar negeri.
12.7.2. Murid-murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan, sama ada di luar atau di dalam negeri yang bukan blok komunis hendaklah membuat demikian melalui Pengetua.
12.8. Murid-murid yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luaran hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua.
12.9. Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen.
12.10. Murid-murid tidak dibenarkan berada/berkeliaran di kawasan-kawasan berikut tanpa kebenaran: persikatan Bilik Guru, Pejabat, Bilik Makmal Sains, Stor-Stor sekolah.
12.11. Membeli atau menganjur loteri iaitu permainan untung-untungan atau sesuatu pengagihan wang atau hadiah-hadiah dengan cara bradu nasib. (bil. 9/77)
12.12. Ragging bertopengkan suaikenal. (bil 4/78)
12.13. Lain-lain yang tidak disebut dia atas yang menjadi kesalahan dalam undang-undang awam.
13. Lawatan Dan Pelawat-Pelawat.
13.1. Sesuatu lawatan keluar kawasan sekolah yang mengandungi lebih daripada lima orang dianggap sebagai satu rombongan. Semua rombongan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua. (peraturan-peraturan sekolah, lawatan-lawatan 1957)
13.2. Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah dipertugaskan.
13.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan bilik darjah atau ke dalam bilik darjah.
13.4. Jika pelawat atau ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa keluar murid berkenaan kerana sesuatu sebab daurarat, maka kebenaran daripada Pengetua hendaklah didapati dahulu.
14. Kebersihan.
14.1. Pakaian yang bersih serta yang kemas dan kebersihan diri mencerminkan peribadi atau personaliti seseorang murid. (Pek. Ikt. Bil. 1/96, 2/96) Oleh itu murid-murid mestilah:
14.1.1. Selalu menjaga kebersihan pakaian.
14.1.2. Selalu menjaga kebersihan diri, terutamanya rambut, kuku, gigi dan keseluruhan badan.
14.2. Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah. (Pek. Ikt. Bil. 6/97)
15. Merokok.
15.1. Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu bapa, pekerja, murid dan mana-mana individu yang berada atau berurusan dengan sekolah tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993)
15.2. Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka, mahupun di bilik-bilik atau di tempat-tempat yang terselindung. (Pek. Ikt. Bil 1/83)
15.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau mengedar rokok.
15.4. Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah atau berdekatan dengan pintu/ pagar sekolah.
15.5. Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97)
16. Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. (Pek. Ikt. Bil 3/95)
16.1. Setiap murid diwajibkan menyumbang kepada Skim Takaful berjumlah RM. 1.50 setahun.
16.2. Murid-murid yang telah menyumbang kepada skim tersebut akan diberi perlindungan 24 jam sehari meliputi seluruh dunia.
16.3. Tempoh perlindungan bermula pada hari pertama persekolahan pada tempoh setahun dan tamat pada hujung tahun.
17. Usaha Menaman Semangat Patriotisme (Pek. Ikt. Bil 6/94)
17.1. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu “NegaraKu” dan melafas ikrar sekolah pada tiap-tiap pagi sebelum waktu persekolahan bermula.
17.2. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu NegaraKu semasa perhimpunan sekolah.
17.3. Murid-murid tidak dibenarkan bercakap, bermain-main atau melakukan apa sahaja apabila lagu kebangsaan atau lagu negeri dinyanyikan.
18. Tatatertib Di Luar Kawasan Sekolah.
18.1. Murid-murid dikehendaki sentiasa mengamal nilai-nilai baik dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.
18.2. Murid tidak dibenarkan merokok di luar pagar sekolah.
18.3. Murid harus menghormati dirinya sebagai murid dan tidak membuat apa sahaja kesalahan semasa memakai pakaian seragam sekolah.